Best Application for sony ericsson

Assalamualaikum
Aku ni boleh dikatakan pengguna setia sony ericsson XD
Banyak kelebihan sony ericsson dan ada juga kekurangannya .
Antara kelebihannya :
1. Bentuk handphone yang style/ranggi/hensem/lawa .hahahaha
2. Boleh tahan banyak functionnya macam nokia juga la..
3. Music dia best. Tayangan video pun menarik hati (bagi handphone yang mahal sikit lah,kalau murah jangan harap lebih2 XD)
4. Tu je kot yang aku ingat skrang.hahaha

Kelemahannya :
1. Emmm, bateri kot ? dari pemerhatian aku la.Aku selalu guna handphone untuk guna internet.2 KALI CHARGE satu hari .habis duet mak ayah aku nak bayar bil elektrik ($.$) hehe. Kalau tak guna internet,satu hari sekali je la charge.Nokia pulak tak payah cakap laa. TAHAN LAMA bateri nye.JELES AKU .haha
2. Memory card mahal ? memang pun lagi mahal dari nokia punya sebab memory card sony M2. Nokia SD card . Aku rasa memory card sony mahal sebab mungkin kualitinya lagi bagusssss daripada nokia(takde maknenye.haha) ..
3. Dah dah ,cukup la tuh dengan kelemahannya.merajuk lak nanti handphone sony kepunyaan aku ni.haha

Back to topic, kali ini aku akan senaraikan application yang terbaik buat sony ericsson handphone yang support java :)

Dari segi browser
Opera Mini 5 adalah the best . Browser ni punya view cantik je die susun .Lebih kurang macam pc punya view. Tapi kalau korang memang nak sebijik macam pc view,aku sarankan gunalah Bolt. Bolt ni siap boleh streaming video kat youtube lagi.Opera mini tak boleh ,tapi download boleh tahan laju berbanding dengan bolt(nama macam Usain Bolt,tapi tak laju pun macam die XD). Ucweb pun boleh tahan juga sebab kita boleh pilih theme/skin yang kita suka (macam google chrome leh pilih skin). Saranan aku , try lah tiga-tiga browser yang aku nyatakan kat atas, barulah tahu mana satu yang hebat :)

Dari segi chatting
Ebuddy application adalah yang terbaik .Sebab ape ? Sebab boleh guna app ni untuk chat kat FB .Bukan FB sahaja malah Yahoo messenger,MSN dan macam-macam lagi(tapi skype tak ade). Selain ebuddy, SHMessenger pun boleh juga.Kalau version lama punya,dia tak ada chat Facebook. Jadi downloadlah yang latest version punya sebab ada facebook chat. Hehe

Dari segi music player
Gunalah media player yang dah memang sedia ada kat sony ericsson .Kalau korang handphone walkman,guna lah walkman punya.
Tulah yang terbaik .hehe . Tapi,kalau korang bosan dengan media player or walkman yang disediakan oleh sony, try lah guna yang lain. Banyak ada kalau korang rajin search kat internet. Contohnya yang aku pernah guna , TTPOD . Cun jugak Ttpod ni. Yang bestnye Ttpod ni dia akan AUTOMATIC SEARCH LYRIC lagu yang korang tengah play time tuh .best memang best tapi, telan sikit lah kredit korang sebab guna internet lah of course. Tapi sikit je die telan sebab sikit je memory die download daripada internet. So, ape tunggu lagi , try jangan tak try. hehe

Dari segi suka-suka punya application
Kalau time bosan-bosan tu, korang boleh la cuba application2 yang pastinya menghiburkan hati . Hehe. Sebagai contohnya, FACEWARP dan PULL FACE. Dua-dua application yang dinyatakan tadi merupakan application yang menggunakan fungsi camera telefon sony anda. Lepas dah tangkap gambar, anda boleh edit gambar-gambar tersebut dengan sesuatu yang lucu. Macam alien face ,twister face( ni kat face warp).Kalau pull face pula, korang macam boleh tarik-tarik (dah nama pun 'pull' face) gambar yang korang tangkap guna kamera phone tadi.
Tu yang guna camera, Sekarang pula menggunakan bunyi . Gunalah application VOICE TRANSFORMER . Kegunaan application ni adalah untuk merakam bunyi, dan seterusnya menukar bunyi tersebut kepada sesuatu yang menggelikan hati.Contohnya korang boleh tukar suara yang dirakamkan menjadi terbalik(cakap terbalik). hihi

Dari segi security
Haaaaa , sekarang ni pulak, korang boleh kunci atau lock file-file yang korang rasa private dan tak perlu orang lain tahu kat handphone korang. Nak buat camtu senang je,gunalah application FILE LOCK . Macam mana app ni berfungsi ? Emm cuba lah baru tahu ,hehe , susah nak terangkan :)
Lagi satu app yang berkenaan security ialah SAFEBOX. Functionnya adalah untuk mengunci/lock sms yang orang hantar kat phone korang. Tapi yang tak bestnya,kedua-dua pihak yang berSMS mestilah kena ada application ni.haish :(

Dari segi extract file
Gunalah ZIP UTILITY. Application ni lebih kurang macam winrar dalam PC . Dia boleh extract file, compress file. App ni pastinya sangat berguna macam nak jimatkan penggunaan memory dalam handphone. Selain itu ,boleh digunakan juga sebagai security.

Demikian lah antara application yang best dan amat berguna buat telefon Sony Ericsson.

Antara gambar application yang aku senaraikan kat atas tadi :

credit to mizayien kerana edit photo ni .hehe


p.s/ aku guna handphone c510

chaw

No comments: