Install Flash Theme for Sony Ericsson

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Aku ni selalu juga men-download Theme/Tema untuk hanphone Sony C510 di laman web www.zedge.net.
Selalunya Theme yang aku download ialah flash theme , iaitu bukan menu biasa seperti gambar kat bawah ni , tetapi unik dan direka khas .

buruk gila kan ?haha

Contoh Flash theme macam gambar-gambar kat bawah ni :


style kan ?

Sebenarnya , kita kena buat 'something' supaya Handphone kita boleh mengakses Flash Theme seperti gambar di atas.
Bagi yang tidak tahu macam-mana nak letak Flash Menu ke hanphone Sony Ericsson korang , boleh KLIK SINI UNTUK BELAJAR Tutorialnya.
Link yang aku sertakan di atas tu memang TERBAIK penerangannya . Sebab apa aku kata terbaik ? Sebabnya.. sejurus lepas aku baca tutorial berkenaan , aku cuba lah buat dan 100% jadi terus ! Maknanya tutorial tersebut adalah amat jelas dan berkesan .

Sebelum nak modify hanphone anda supaya boleh mengakses Flash Theme macam kat gambar yang aku tunjukkan tadi tu , BACA TUTORIAL BETUL-BETUL DAN FAHAMI .
Sebab kalau silap step boleh mendatangkan MAUT ! cehh , tak de lah maut , cuma handphone korang akan mengalami masalah seperti rosak ke , terformat ke .
Dan yang paling penting , A2Uploader hanya Support beberapa model Phone seperti :
C702, C902, G502 , K630, K660, K850, T700, V640, W595, W760, W890, W902, W910, W980, Z750, Z770, Z780
F100 (Jalou), J105 (Naite), T707, TM717, W508, W518
C510 ,C901, C903, C905, G705, T715, W705, W715, W995

Hanphone yang aku tak senaraikan tadi , jangan risau .
Sila baca TUTORIAL INI atau INI bagi pengguna hanphone selain yang disenaraikan di atas.
Di setiap link yang aku sertakan , cuba lihat pada permulaan setiap Tutorial , dia ada bagitahu kan Hanphone apa yang boleh di-support oleh Software berkenaan ? Baca betul-betul sama ada Model Hanphone anda tersenarai atau tidak . Jika anda tersilap menggunakan Software dan Tutorial , kebarangkalian besar hanphone anda boleh rosak . Jadi , berhati-hati dan sentiasa PEKA !

Sekian . Terima Kasih sudi baca :)

p/s : lepas aku tahu macam mana nak letak flash theme ni kat HP aku , tak habis-habis kecoh kat kawan-kawan .hehe .Apa-apa pun .. PEACE :)

No comments: