Menarik:Basikal Diperbuat Daripada 10,000 Batang Kayu Aiskrim

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Pernah terbayang untuk mencipta basikal sendiri dengan menggunakan batang aiskrim ?
Seorang pemuda daripada China bernama Sun Chao telah berjaya mereleasasikan angan-angan tersebut . Dalam masa 4 bulan , Sun Chao berjaya menyiapkan basikal tersebut dengan menggunakan 10,000 batang aiskrim ! Tidak sia-sia masa 4 bulan yang dihabiskan oleh dia , kerana itulah merupakan satu-satunya basikal yang diperbuat daripada batang aiskrim di dunia ini. Orang Asia ni kreatif rupanya , hehe .

Spesifikasi basikal tersebut - 1.5m panjang , 0.95m tinggi dan hanya seberat 25kg .
Basikal ini memang kecil, tetapi mampu bertahan untuk menampung berat Sun Chao (90 Kg) tanpa sebarang masalah. Basikal ini bukan sahaja boleh dibuat hiasan atau masterpiece malah boleh ditunggang . Gempak tu ..

untunglaa .. hehe


sungguh teliti dia membuat basikal tu..

Sejak kecil lagi , Sun Chao sudah mencipta barang daripada batang aiskrim dan barang pertama sekali dia pernah buat ialah sebuah meja kecil . Berkenaan dengan basikal ini pula, dia mendapat ilham waktu berumur 12 tahun apabila melihat sebuah rancangan televisyen yang memaparkan orang membuat kapal terbang menggunakan batang aiskrim . Basikal tersebut dibina dengan menggunakan batang aiskrim kecuali pada bahagian rantai dan bearing .

Sun Chao sudah menghantar permohonan ke Guiness Book Of Records , tunggu masa untuk diluluskan sahaja . Dia bercita-cita untuk mencipta badan kereta pula dengan menggunakan batang aiskrim. Sama-sama lah kita nantikan macam mana rupa badan kereta tu , hehe .

Harap korang enjoy membaca entri ini . Sekian Peace (Y)
p/s : aku pun ada angan-angan juga , iaitu nak cipta sendiri bahan-bahan elektronik sendiri macam ipad . Tetapi, kemahiran langsung tidak ada . hoho x)

No comments: