Mengantuk di Dalam Kelas?Guna Sabun ini..

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Entri ini khas untuk mereka yang masih belajar tidak kiralah di peringkat mana pun.
Korang selalu mengantuk dalam kelas ? Tidak dinafikan aku pun selalu juga mengantuk di dalam kelas , tetapi aku masih lagi dapat kawal diri daripada tidur . Tapi ada juga kadang kala mengantuk tahap gila nak mamp** , tidur je terus . hoho
Jom jom , ajak kawan-kawan korang untuk membaca entri ini sebab .... aku akan senaraikan beberapa TIPS UNTUK TAHAN MENGANTUK sewaktu berada di dalam kelas !

Ambil kesempatan untuk tidur .
Contoh pertama : Jika ibu bapa korang yang hantar korang ke sekolah menaiki kereta persendirian , dalam kereta tu tidur la sekejap . Kepada yang naik bas awam , jangan pula korang buat macam ni ya . Jawabnya, sampai esok takda sapa yang nak kejutkan korang :P
Contoh kedua : Ambil masa waktu rehat untuk tidur . Barulah boleh fokus apabila cikgu tengah mengajar nanti .

Pakai sabun tahan mengantuk .
Adakah korang semua tahu negara kita telah berjaya menghasilkan sabun tahan mengantuk ? Bagi yang belum tahu , inilah sabun yang aku maksudkan :

"Kuasa Karbon Teraktif di sabun AQURA berkuasa menggetarkan sel darah 2000 kali seminit selepas dipakai . Rahsianya terletak pada formula terkini karbon teraktif yang halus diimport dari Eropah. Ia berkuasa menghasilkan persekitaran yang diperkaya dengan ion negatif, menyerupai persekitaran air terjun dan sinaran inframerah yang memancar jauh, menyerupai cahaya mentera pagi. Maka, Aqura menjadikan anda berasa segar dan tahan mengantuk selepas diguna .Karbon, bahan yang diguna sejak zaman purba, mempunyai banyak kegunaan termasuk menghilangkan bau, agen pencuci dan bahan anti kulat. Ramai orang bermasalah kulit, rengsa dan masalah bau badan telah menemui penyelesaian dengan Aqura . Karbon mampu menyerap klorin dalam air, memberi anda rasa suci dan lembut . "
Itu merupakan penerangan macam mana sabun ini berfungsi untuk menghilangkan rasa mengantuk . Bukan sahaja boleh menghilangkan mengantuk, malah masalah2 lain yang dinyatakan di atas dapat diselesaikan . Aku ada sabun ni sebab mak aku ada jual , harganya Rm10 sahaja . Memang berkesan sebab aku pernah guna :)


Lakukan senaman ringan .
Yang ini biasa dilakukan oleh cikgu Chemistry aku . Pantang dia nampak orang mengantuk , dia akan suruh semua pelajar berdiri dan arahkan pelajar membuat senaman ringan seperti yang dia buat . Salah satu senaman ringan adalah , mengurut bahu kawan, angkat tangan lepas tu pusing2 , etc. Lebih kurang macam warming up sewaktu Pendidikan Jasmani jeee :)
contoh-contoh senaman ringan yang boleh diamalkan ..


Tampar-menampar .
Kalau rasa dah mengantuk sangat tu , tampar je pipi sampai hilang rasa mengantuk .haha
Aku selalu juga buat ni tapi takda la tampar kuat-kuat, ala kadar cukup la . Paling penting, jangan korang tampar kawan korang sudah la , tak pasal-pasal dapat penampar free :P

Sergah !!
Tahukan apa itu sergah ? Sergah tu seperti memeranjatkan orang ! Waktu korang tengah mengantuk , minta tolong kawan di sebelah untuk sergah korang tanpa korang sedari . Serius , ianya akan menghilangkan rasa mengantuk korang dalam jangka masa pendek . Tetapi harus diingat , SERGAH TANPA DISEDARI ! Ada faham ?

beruk pun pandai melatah . haha

Minta kebenaran untuk keluar sekejap .
Jika cikgu tengah mengajar , dan korang berasa mengantuk gila , minta kebenaran cikgu untuk keluar dari kelas sekejap . Pergilah ke tandas bagi membasuh muka atau pergi jalan-jalan sekitar sekolah dengan kadar yang segera ! Ingat, jangan ambil kesempatan untuk ponteng/fly kelas pulak !


Bermain pen .
Ini merupakan hobi aku , iaitu bermain pen . Tapi aku bukan guna pen biasa, aku guna pen khas untuk pusing-pusing seperti yang terdapat dalam entri INI . Jangan membazir duit macam aku untuk beli pen tu , guna pen biasa pun boleh .

mamat mana pulak sesat main pen ni ?? hehe

Itu sahaja lah tips2 yang aku amalkan bagi menahan diri daripada tidur / mengantuk .
Cubalah setiap tips yang aku tulis di atas, insyaAllah sedikit sebanyak dapat membantu korang menyelesaikan masalah sering mengantuk di dalam kelas . TETAPI , kalau kononnya korang tertidur juga , jangan salahkan aku pulak ye :P
Dan jika korang ada tips2 selain daripada yang dinyatakan di atas , boleh la suarakan pendapat korang kat ruangan komen . Sama-sama kita berkongsi ilmu tahan mengantuk , hehe XD

Sekian . Peace (Y)

5 comments:

Fatin Najwa said...

Semua aku dah buat. Acane semua tk jadi? :P LOL tp thanks

Mohd Zakwan Zain said...

Fatin : yelah tu dah try :P
welcome :D

AjeyyKhalid said...

salam ziarah :)
jemput laa datang jenguk entry terbaru saya yer .. :D

http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/08/hasil-edite-gambar-dengan-picnikcom.html

wanbu said...

tapi ngantuk dalam kelas yg paling mujarab adalah tido sekejeap hehe...

xlah migrain datang :P

Mohd Zakwan Zain said...

Wanbu : tapi takot kantoi ngan cikgu tidur dalam kelas pulak .hehe :P